Saturday, July 24, 2010

Minggu 2 Jurnal Refleksi

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua.

Pada 21 Julai 2010, minggu kedua ini, banyak yang telah saya pelajari dengan En. Amran. Walaupun kuliah minggu ini dalam keadaan yang kurang selesa sedikit kerana kuliah ini dijalankan di makmal computer dan tempat yang terhad, oleh itu saya terpaksa duduk atas lantai sepanjang kuliah ini. Pengajaran minggu ini boleh dikatakan sebagai pengenalan kepada kursus ini kerana pengajaran minggu ini merupakan asas bagi pelajar yang mengikut kursus ini. Penerangan oleh En Amran agak jelas tetapi saya kurang memberi tumpuan kerana keadaan yang tidak selesa bagi saya untuk mengikut kuliah ini.

Saya tidak pernah dengar perkataan "soundscape" sehingga masuk ke kelas ini. Menurut Wikipedia ( http://en.wikipedia.org/wiki/Soundscape ), soundscape adalah satu bunyi atau kombinasi beberapa bunyi akustik seperti bunyi alam semulajadi, haiwan, cuaca dan sebagainya. Menurut Murray Schafer 1967, sound adalah bunyi atau suara manakala scape adalah pemandangan. Maka, soundscape adalah pemandangan bunyi yang merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara. Selepas penjelasan tentang soundscape, En. Amran pun mengajar kami untuk membezakan bunyi dan muzik. Bunyi merupakan apa yang kami dengar contohnya bunyi pen mengetuk meja, kalau kami menambahkan ritma yang sesuai maka dapat menghasilkan muzik yang sedap.




Pada pandangan saya, budaya muzik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai budaya sendiri, begitu juga dengan muzik mereka. Di Malaysia, terdapat banyak kaum di Negara kita, oleh itu, budaya muzik di Negara kita juga dipengaruhi oleh masyarakat-masyarakat tersebut. Mengikut sejarah, muzik tradisional di Malaysia dipengaruhi oleh penjajah yang datang dari Negara lain seperti Indonesia, Thailand, Portugis dan sebagainya. Oleh kerana dipengaruhi oleh pendatang asing ini, maka wujudlah unsur-unsur seperti unsur animisme dalam kuda kepang.

Adakah muzik itu universal? Muzik itu universal apabila manusia mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menghayati muzik tersebut dan dapat menerima muzik itu.

Apa itu muzik? Bunyi ialah apa sahaja yang diperdengarkan. Muzik adalah sesuatu yang dicipta oleh manusia dalam 2 cara iaitu: mencipta/membuat bunyi yang dipanggil bunyi dan mencipta/membuat muzik mengikut domain budaya , persembahan dan aktiviti yang digelar muzik. Muzik mempunyai nilai estetika yang tersendiri.


Sebelum ini kami hanya belajar tentang sejarah muzik barat sahaja. Tetapi pada minggu ini saya mempelajari tentang sejarah muzik tradisional di Malaysia. Sejarah muzik tradisional melayu perlu dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian Thailand, Kampuchea dan Filipina. Pada kuliah minggu ini, saya dapat mengenali tentang muzik-muzik lain contohnya hadrah, rodat, dabus, kuda kepang. En. Amran juga menayangkan video tentang kuda kepang. Saya rasa terkejut apabila nampak video ini kerana kali pertama saya nampak persembahan ini.


kuliah ini diteruskan dengan topik kategori alat muzik. Saya telah belajar topik ini di kelas Music Apreciation. Terdapat 4 kategori alat muzik iaitu kordofon, membranofon, aerofon dan idiofon. Kordofon merupakan alat muzik yang mengeluarkan bunyi dengan getaran pada tali. Contoh alat muziknya ialah rebab, gitar, violin, viola dan sebagainya.

Membranofon pula merupakan alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit contohnya gendang, kompang.

Alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dikategorikan di golongan aerofon. Contohnya seruling dan sebagainya.

Akhir sekali ialah idiofon. Ia merupakan alat muzik yang menghasilkan bunyi dengan ketukan pada permukaan seperti bonang, saron.

Selepas itu, topik terakhir pada kuliah ini ialah struktur atau konsep muzik. Di bawah tajuk ini, En. Amran menerangkan tentang melodi, ritma/meter, harmoni, bentuk/form, notasi dan ekspresi. Sebelum ini saya juga sudah belajar topik ini tetapi selepas penjelasan oleh pensyarah, saya lebih faham istilah-istilah ini. Harap pelajar yang bukan pelajar muzik juga dapat memahami konsep muzik ini.

Akhir sekali, dengan mengikut kursus ini, saya dapat menambah pengetahuan saya tentang muzik tradisional Malaysia kerana sebelum ini saya tidak berapa mengenali muzik ini. Saya berharap pada minggu yang akan datang lagi saya akan dapat lebih banyak lagi pengetahuan tentang muzik ini.

Sekian, terima kasih. :)

2 comments:

Muzik Tradisional Malaysia on July 26, 2010 at 5:55 AM said...

Tahniah Teoh!.. Refleksi yang baik dari anda

Teoh Koh Sing on July 27, 2010 at 11:30 PM said...

terima kasih sir......

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 TEOH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template