Saturday, October 30, 2010

Minggu 9: Jurnal Refleksi

selamat sejahtera....

Minggu ini, kumpulan saya telah membentangkan tajuk "mak yong". Kumpulan saya terdiri daripada 6 orang. Kami telah menjalankan kerja lapangan kami di ASWARA. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang sangat menarik dan tidak dapat dilupakan kerana selain daripada bertemu bual, kami diberi peluang untuk menari tarian "mengadap rebab" dengan pelajar di sana. Tarian ini agak susah kerana ia memerlukan pergerakan yang agak lembut dan posisi badan yang betul.

Sebelum pembentangan bermula, dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Prof Madya Dr Mohd Hassan bin Abdullah telah menerangkan alat-alat muzik yng digunakan di wayang kulit dan mendemonstrasikan beberapa lagu bersama dengan pemuzik-pemuzik UPSI. Agak susah untuk mendapat peluang ini untuk menyaksikan persembahan daripada Dr Hassan. Terima kasih kepada Dr Hassan dan En Amran yang menyediakan slot ini untuk meluaskan minda kami.

Pembentangan kami dimulakan dengan tarian "Mengadap Rebab". Kawan-kawan diarahkan untuk menyusun kerusi di tepi dan menari bersama-sama. Mereka mempunyai bakat yang tinggi kerana dapat menari dengan baik. Saya harap mereka terhibur dengan tarian ini. Pembentangan kami kurang memuaskan kerana kesuntukan masa untuk kami membentangkan semua bahan yang kami cari. Video-video yang dirakam juga tidak dapat ditayangkan. Walaubagaimanapun, saya harap kawan-kawan sekalian dapat faham apa yang ingin disampaikan oleh kumpulan kami.

Sekian terima kasih....

6 comments:

Zulhilmi on October 31, 2010 at 12:05 AM said...

good luck Bai tu =)

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 2:42 AM said...

mohamad zulhilmi:good luck for what???

SMP2252 WONG SOON EN on October 31, 2010 at 6:18 AM said...

memang satu sesi kajian lapangan yang sukar dilupakan....... nice to work with u kexin......:)

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 7:12 AM said...

ya....unforgetable experience for me........

~cikshue~ on October 31, 2010 at 7:33 AM said...

keep it up girls..!!~

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 8:02 AM said...

u too shue....good luck to u....

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 TEOH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template