Sunday, October 31, 2010

Minggu 13: Jurnal Refleksi


Selamat sejahtera......

Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada semester ini. Kita telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama 14 minggu ini, banyak yang telah saya belajar dan banyak benda yang baru telah didedahkan. Ini adalah kali pertama saya mempunyai blog dan menggunakan blog untuk proses pembelajaran. Saya rasa amat bagus sistem seperti ini kerana ia lebih bersistematik dan menjimatkan kertas dan masa. Pada mulanya saya rasa agak susah sebab setiap minggu kena buat jurnal refleksi, dan agak susah menggunakan blog untuk saya sebab saya tidak pandai sangat untuk menggunakan blog. Untuk memulakan posting pertama memang susah sebab tak ada idea untuk menulis blog, dan susah nak masukkan link video dan gambar. Saya rasa kawan-kawan juga mempunyai perasaan yang sama seperti saya. Tetapi selepas beberapa minggu, kawan-kawan telah pandai menguasai blog ini dan telah masukkan banyak video dan gambar dalam blog masing-masing. Ramai yang dapat membuat posting tepat pada masa. Selain daripada penggunaan blog ini, En Amran juga menggunakan facebook dan youtube untuk mengkongsikan maklumat dan informasi.

Saya mengakui sebelum mengikut kursus ini saya memang kurang tahu tentang muzik traditional di Malaysia, termasuk muzik tradisional cina. Kandungan kursus ini agak bagus kerana saya dapat mengenali muzik-muzik dari pelbagai kaum. Kuliah sepanjang 14 minggu ini memang membantu saya lebih mengenali muzik tradisional di Malaysia.

Penggunaan blog ini amat berkesan terhadap kemahiran berfikir kita. Selepas kuliah setiap minggu, kami dikehendaki membuat jurnal refleksi dan membuat komen di blog kawan-kawan selepas membaca. Jurnal refleksi ini sememangnya membantu pelajar berfikir dan mengingatkan semula apa yang telah belajar.

Pengajaran yang melibatkan kolaboratif amat diperlukan. Di blog masing-masing terdapat shoutmix chat. Jika ada sebarang soalan, kita boleh tanya di shoutmix ini. Selain daripada shoutmix tersebut, kita boleh tanya soalan di dalam facebook SMP2252 ini.

Pembentangan setiap kumpulan amat membantu dan berkesan kerana kami dikehendaki menjalankan kerja lapangan mengikut tajuk masing-masing. Ini merupakan pengalaman yang baru dan pertama untuk saya kerana sebelum ini saya tidak pernah melakukan kerja lapangan seperti ini. Kerja lapangan ini membantu kami lebih memahami tajuk-tajuk kami dan dengan penglibatan sendiri ke dalam muzik tersebut membolehkan kita lebih memahami.

Kelas kursus ini telah sampai ke penghujung. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kita, En. Amran Aris kerana tunjuk ajar En., saya dapat banyak input tentang muzik tradisional di Malaysia. Cara pembelajaran dan pengajaran ini amat berkesan dan saya rasa gembira kerana dapat merasai cara pembelajaran melalui blog ini. Saya bercadang menggunakan kaedah ini untuk kursus lain kerana dengan adanya blog ini, kami tidak perlu bimbang kertas nota kita hilang selepas beberapa tahun. Blog ini amat berguna untuk seorang guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan saya yakin, ini akan menarik perhatian para murid kerana ia melibatkan video dan gambar. Mereka lebih senang memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan GOOD LUCK kepada kawan-kawan saya yang akan menduduki peperiksaan. Semoga dapat menjawab soalan peperiksaan dengan lancar.........^^



Tarian Singa

Kuliah untuk minggu terakhir ini adalah tarian singa. Sejak kecil lagi saya telah biasa tengok tarian singa ini. Semasa kecil, saya amat takut tengok singa itu kerana saya rasa ia amat menakutkan. Saya suka tengok tarian singa tetapi saya takut, oleh itu saya akan tengok dari jauh, tengok singa itu pergi rumah ke rumah. Saya masih ingat lagi mak saya pernah membeli satu singa itu dan satu "Bo" dan "Gu". Oleh itu, saya akan meniru gaya tarian singa dengan kakak saya di rumah dan adik-adik saya akan mainkan bo dan gu tersebut. Ia amat melucukan apabila fikir balik tetapi ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupai bagi saya.

Tarian singa merupakan satu adat tradisional dalam masyarakat cina. Biasanya pada Tahun Baru Cina, sesetengah orang cina akan menjemput kumpulan tarian singa ini datang ke rumah. Mengikut tradisi, ini dapat menghilangkan nasib malang sepanjang tahun. Nilai estetik yang terdapat di tarian singa ini adalah 2 menjadi 1 yang bermaksud dua orang yang bermain tetapi harus sehati sejiwa supaya dapat menunjukkan pergerakkan seekor singa. Selepas kuliah ini baru saya tahu bahawa tarian singa ini mempunyai 2 jenis iaitu Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan. Terdapat perbezaan di antara 2 jenis ini. Tarian Singa Utara biasanya dimainkan di dalam pertandingan.

Kesimpulannya, tarian singa ini merupakan tradisional masyarakat cina di seluruh dunia. Saya berharap tarian ini dapat diwarisi lagi. Selepas ini, saya akan memerhatikan kesenian yang terkandung dalam tarian singa ini.

Sekian, terima kasih.....

15 comments:

SMP2252 FARAH on October 31, 2010 at 7:24 AM said...

termasuk saya teoh, saya memg kurng pengetahuan tentang muzik tradisional ini. tp,kursus ini byk membantu saya. Moga apa yg dipelajari dpt di amalkan..

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 7:29 AM said...

ya cik farah....good luck to u in the final exam ya......^^

~cikshue~ on October 31, 2010 at 7:32 AM said...

saya juga sama seperti kamu dan juga farah. sebelum mengikuti kursus ini, saya kurang pengetahuan tentang muzik tradisional malaysia..

Marlin on October 31, 2010 at 7:34 AM said...

Pertama kali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Teoh Koh Sing kerana sering meluangkan masa untuk memberi komen di blog individu saya. Saya sangat tertarik dengan pelajaran Tarian Singa pada kuliah kali ini. Saya juga ingin mencadangkan agar pada masa akan datang, pelajar-pelajar yang berbangsa Cina khususnya boleh membuat demo tarian singa ini di dalam kelas. Mesti menarik..

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 7:39 AM said...

boleh bah marlin...nanti kita cari satu masa then demo di dalam kelas ya.....^^

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 7:41 AM said...

terima kasih diucapkan kepada saudari marlin juga kerana blog saudari banyak membantu saya. Dan juga terima kasih atas bantuan kepada saya dalam pembelajaran. arigatou~~~

SMP2252 WONG SOON EN on October 31, 2010 at 7:57 AM said...

teoh..... sila sedarkan diri anda dari mimpi... anda perlu menerima hakikatnya bahawa kita telah pun sampai ke penghujung kursus..... jangan sedih ya......smillllllle!!!!!

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 8:02 AM said...

haha.....ok wong....smilllllle!!!!

CHRISTINE on October 31, 2010 at 8:14 AM said...

tahniah saudari...pengalaman yang agak pahit kerana takut tarian singa...hehe..

SMP2252 SING YING on October 31, 2010 at 8:14 AM said...

Akhirnya, saya dapat membaca jurnal anda. Sudah lama saya menanti-nantikan jurnal akhir anda...hehehe.... Tahniah saya ucapkan kerana kita telah menghabiskan kursus ini. Walaupun ada kesukaran dan cabarannya tetapi kita telah bersama-sama menewaskan kesukaran yang kita hadapi. Kenangan-kenangan manis mahupun pahit yang kita lalui bersama tidak akan saya lupakan..... Jangat terlalu sedih ya...smile..=)

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 8:29 AM said...

wah....kenapa sing ying menanti-nantikan jurnal saya??haha...
anyway..thanks guys who helping me in this class.....love you all.....^^

aniey_annatasia on October 31, 2010 at 8:39 AM said...

Kexin, penulisan jurnal awak sangat menarik...

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 8:41 AM said...

thanks aniey......

cash loan on July 24, 2018 at 12:03 PM said...


Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com

LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
******************************
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8) Fax Number:
9) Occupation:
10) Monthly Income:
11) Salary Date:
12) Purpose of loan:
13) Where did you get our loan advertisement:
mohanmendcompany01@gmail.com

Peter parker on December 24, 2018 at 9:48 PM said...

KYC documents verification issue on Gdax Support
Are you a Gdax user? Are you having a problem with the verification of KYC documents? Is this becoming an obstruction in your trading path and you are having the struggle in accessing your Gdax account due to this error in verification? Don’t worry such an issue can be easily stopped by contacting a delegate at Gdax customer service by dialing Gdax Support Number +1-800-665-6722? The highly able executive aims at giving you fancied and best suitable solutions to all your questions.
For more info: https://www.cryptophonesupport.com/wallet/gdax/

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 TEOH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template