Saturday, September 4, 2010

Minggu 8: Jurnal Refleksi


Selamat sejahtera..........

Pembentangan adalah semakin menarik dari satu minggu ke satu minggu.... Tahniah diucapkan kepada kumpulan M.I.N.D.A. kerana telah menceritakan tajuk yang cukup menarik iaitu Menora. Setelah pembentangan mereka, saya memahami tentang menora.





Menora adalah popular di Kelantan dan Thailand, tetapi kedua-duanya adalah berbeza contohnya kecopong.


Menora wujud sebelum kedatangan Islam, oleh itu ia dimainkan mengikut cara Buddha di istana. Menora zaman sekarang dengan zaman dahulu adalah berbeza mengikut peredaran masa. Kostum menora pada zaman sekarang adalah berbagai jenis. Persembahan adalah berlaku pada waktu malam iaitu dari pukul 8 hinggalah subur. Saya amat tertarik dengan sebutan-sebutan seperti CHA DA, KHEM-KHAT dari saudari ieta, kerana saudari sebut dengan tepat dan bukan semua orang dapat sebut dengan sebutan begitu.







Terdapat beberapa alat muzik yang tidak digunakan dalam muzik tradisional lain ataupun jarang dinampak seperti cerek. Di samping itu, terdapat beberapa gerak tari dan lagu dalam menora, contohnya Gerak Theng Khe. Ia berasal dari 12 gerak tari asal.

Kerja lapangan kumpulan ini berlaku di UiTM Puncak Perdana dan En Tharuwat merupakan karyawan tamu tarian menora di UiTM. Mereka mendapat banyak maklumat tentang menora dari beliau. Pada akhir pembentangan ini, mereka telah menayangkan sebuah video yang merumuskan menora ini dengan lakonan watak-watak yang terdapat dalam menora ini oleh ahli kumpulan ini. Dengan lakonan ini, kami lebih memahami cerita dalam menora. Tahniah kepada kumpulan ini kerana telah menggunakan kreativiti mereka sendiri supaya kami faham.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada En. Amran dan kawan-kawan........

1 comments:

Marlin on September 22, 2010 at 9:29 AM said...

Tahniah Kexin.. Ulasan dan pandangan yang membina dari anda!

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 TEOH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template