Friday, July 30, 2010

Minggu 3: Jurnal Refleksi

Selamat Sejahtera...

Kuliah pada minggu ini sangat menarik dan saya telah mempelajari banyak perkara yang tidak pernah saya belajar. Objektif atau sasaran pada minggu ke-3 ( 28 Julai 2010 ) ini merangkumi tiga perkara iaitu kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia, kategori muzik tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia.

Organik bermaksud dari tanah. Oleh itu, secara ringkasnya, organik membawa maksud asli, semula jadi dan tidak tercemar. Topik pertama hari ini adalah Perspektif Adaptasi dan Idiosinkretik. Adaptional (penyesuaian ) bermaksud berorganik. Menurut penerangan dari En. Amran, organik bermaksud benda hidup. Di sini bermaksud budaya itu hidup dan akan berubah mengikut kesesuaian. Apa yang saya faham adalah muzik itu akan berkembang dengan budaya masyarakat masing-masing. Alat muzik yang digunakan adalah sama tetapi muzik yang berbeza. Menurut http://sawomatang.proboards.com/index.cgi?board=seni&action=print&thread=223, terdapat pelbagai rentak dan corak irama dalam Ghazal. Ghazal parti dan Ghazal Johor mempunyai perbezaan dari segi muziknya. Idiosinkretik pula mempunyai cara atau gaya yang tersendiri contohnya dari segi modenya berbeza di masyarakat masing-masing. Perkataan sinkretik bermaksud pertembungan budaya dengan negara-negara luar. Contohnya gambus adalah sama bentuk dan saiznya di merata tempat tetapi cara bermainnya berbeza di masyarakat masing-masing.




Kategori alat muzik barat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu dari perkusi, bertali dan tiupan. Dalam kategori tiupan mempunyai alat-alat tiup kayu dan alat brass.

Ciri-ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia membahagikan kepada 2 golongan iaitu tradisi besar dan tradisi kecil. Budaya klasik/istana tergolong dalam tradisi besar. Ia dimainkan di bandar atau istana dan mempunyai asas sejarah dan teori yang kukuh. Contoh muzik ini adalah gamelan, nobat, orkestra karnatik dan lain-lain. Tradisi kecil merupakan muzik rakyat. Muzik rakyat tidak mudah berubah dan ia menggunakan kaedah peniruan. Contoh bagi muzik rakyat adalah wayang kulit, kuda kepang dan zapin. Persamaan antara tradisi besar dan tradisi kecil adalah muzik sinkretik. Muzik sinkretik ini bersifat fleksibel dan merupakan gabungan muzik rakyat dan klasik. Contoh muzik sinkretik adalah ghazal, dondang sayang dan asli. Muzik kontemporari mempunyai ciri muzik barat. Muzik ini merupakan muzik popular yang kita dengarkan zaman sekarang yang digubah oleh pemuzik popular dan muzik ini akan berubah dalam jangka masa yang pendek.



Terdapat 6 jenis ciri-ciri muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular dan ensembel lain.

Muzik seni lakon utama mempunyai ciri-ciri teater dan percussion dominated. Percussion dominated di sini bermaksud perkusi yang akan menguasai persembahan tersebut. Muzik ini mengutamakan alat idiofon dan membranofon. Contohnya Mak Yung, Wayang kulit, Opera Cina dan sebagainya.


Muzik bentuk tarian utama merupakan tradisi muzik yang mengiringi tarian. Ini dibahagikan kepada dua iaitu tradisi kesenian tinggi dan tradisi kesenian rakyat. Muzik ensembel genderang merupakan muzik yang stand alone. Maksudnya di sini merujuk kepada muzik seperti kompang yang boleh dipersembahkan tanpa tarian dan penyanyi. Muzik vokal dan instrumental solo ini akan melibatkan seluruh aspek masyarakat seperti meraikan anak yang baru lahir. Muzik ensembel sosial popular merupakan muzik hiburan, keramaian dan majlis perayaan. Ia akan menghasilkan muzik sinkretik.

Muzik-muzik yang dipelajari pada hari ini semakin kurang dimainkan di kalangan masyarakat kita. Saya berharap pihak-pihak berkenaan boleh mengadakan persembahan-persembahan mengenainya supaya masyarakat tidak dapat lupa muzik tradisional di Malaysia ini.

Akhir sekali, sesiapa yang telah membaca post saya ini haraplah menuliskan komen tentang post ini dan sekiranya ada sebarang kesalahan harap boleh memberitahu saya.

~Arigato!!!~

3 comments:

SMP2252 DILLAH on July 31, 2010 at 3:48 AM said...

Refleksi yang menarik dengan tambahan video dari Youtube. Refleksi bersifat jujur kerana meletakkan link rujukan internet. Syabas. Kagum.

Teoh Koh Sing on July 31, 2010 at 8:54 PM said...

terima kasih dillah....tetapi ada apa-apa maklumat yang saya salah tak??kalau ada tolong betulkan ya.......tq..

Marlin on August 2, 2010 at 2:47 AM said...

First of all, terima kasih kerana memberi komen di blog saya. Saya sangat menghargai komen anda. Nampaknya refleksi anda juga sangat menarik terutamanya setelah mendapat rujukan tambahan seperti video dari youtube yang akan memudahkan pembaca untuk memahami apa yang kita telah pelajari di dalam kelas. Tahniah!

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 TEOH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template