Friday, October 8, 2010

Minggu 11: Jurnal Refleksi

Salam sejahtera.........

Masa berlalu dengan cepat. Kita sudah masuk minggu ke 11. Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk pembentangan kumpulan. Kumpulan pembentangan minggu ini membentangkan wayang kulit.

Pembentangan dimulakan dengan persembahan wayang kulit Kelantan. Persembahan yang begitu menarik sekali sebab dapat menyaksikan persembahan wayang kulit secara "live". Walaupun saya tidak berapa faham bahasa yang digunakan, tetapi persembahan tersebut memang meluaskan pengetahuan saya lagi.

Sebelum pembentangan ini, En Amran telah menerangkan sedikit tentang wayang kulit dalam kuliah. Pembentangan ini telah memasukkan lebih banyak input yang belum disentuh oleh En Amran. Saya berpeluang memegang patung wayang kulit yang diperbuat daripada kulit lembu. Kumpulan ini telah menjelaskan alat muzik yang digunakan dengan jelas.

Kerja lapangan telah dijalankan di ASWARA. Tahniah diucapkan kepada kumpulan ini kerana telah membuat persembahan dan pembentangan yang begitu menarik sekali dan telah memberi maklumat yang agak mencukupi kepada kami.

3 comments:

SMP2252 SING YING on October 30, 2010 at 1:17 AM said...

Pembentangan "wayang kulit" ini memang menarik. Pembentangan ini juga telah banyak memberi ilmu kepada saya yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai wayang kulit walaupun pernah melihat dalam siaran telivisyen.

~cikshue~ on October 31, 2010 at 7:35 AM said...

penerangan yang ringkas. ianya akan lebih difahami jika disertakan gambar dan video yang berkaitan..

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 8:04 AM said...

ok shue.....saya akan perbaiki lagi ya.....

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 TEOH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template