Saturday, October 2, 2010

Minggu 10: Jurnal Refleksi

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua kawan yang masih mengikut kursus ini. Setelah beberapa minggu uintuk pembentangan kumpulan, pembentangan semakin menarik dan kita sudah hampir sampai ke penghujung semester. Semakin banyak pengetahuan saya perolehi dari kelas ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang telah membentangkan tajuk yang begitu menarik pada minggu ini iaitu nobat dan orchestra cina moden.

Kumpulan nobat telah menarik perhatian saya dan syabas diucapkan kepada kumpulan ini kerana sebelum ini saya langsung tidak mengenali nobat. Mereka telah menerangkan perbezaan jenis nobat di Malaysia pada sesi pembentangan. Kerja lapangan mereka dijalankan di Istana Perak dan mereka berjaya menayangkan video yang telah dirakam di sana.

Kumpulan yang seterusnya telah membentangkan orchestra cina moden. Saya mengakui bahawa saya tidak mengenali semua alat muzik yang dimainkan di orchestra cina moden ini walaupun saya merupakan seorang Cina. Kumpulan ini telah membuat kerja lapangan mereka di PCC orchestra di Kuala Lumpur. Ahli kumpulan ini dapat cuba memain alat muzik di dalam orchestra ini. Saya sangat suka muzik orchestra cina dan jika ada peluang saya ingin belajar muzik ini.

Kedua-dua muzik tradisional yang dibentangkan pada hari ini semakin dilupai. Kita haruslah mengekalkan tradisi kita dan tradisi permainan tidak dipupus begitu saja tetapi harus disebar turun-temurun supaya generasi yang akan datang dapat lagi menikmati keindahan muzik tersebut.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En Amran dan rakan-rakan yang telah bentang pada hari ini kerana pengetahuan saya telah menambah lagi selepas kuliah ini.

4 comments:

CHRISTINE on October 31, 2010 at 12:25 AM said...

baik saudari...kita kena mengenal warisan budaya kita agar mengenal identiti kita sebagai warga Malaysia...

RK_nisa on October 31, 2010 at 2:17 AM said...

Pengetahuan saya juga semakin bertambah.hehehe

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 7:09 AM said...

Sama-samalah kita mewariskan budaya kita ya kawan-kawan.........^^

~cikshue~ on October 31, 2010 at 7:36 AM said...

saya juga sokong dan juga setuju..semoga warisan ini tidak akan luput ditelan zaman...=)

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 TEOH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template